AL RASS, 26 Oktober - Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-950 dalam kariernya manakala jaringan Joao Felix sekali lagi membantu Al Nassr mengekalkan rekod sempurna musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Al Hazem dalam saingan Liga Pro Saudi pada Sabtu.
Joao Felix membuka tirai jaringan buat Al Nassr apabila menanduk masuk hantaran silang daripada Ayman Yahya pada minit ke-25.
Ronaldo kemudian menggandakan kelebihan pasukannya selepas menerima umpanan cantik daripada Wesley, sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat menjelang penghujung masa permainan sebenar.
Menang dalam semua enam perlawanan, Al Nassr kini mendahului carta Liga Pro Saudi dengan 18 mata, tiga mata di depan Al Taawoun di tangga kedua dan empat mata mengatasi Al Hilal serta Al Qadisiyah yang masing-masing mengumpul 14 mata. - REUTERS