fb fb fb fb fb

AFCON 2025 uji kelab EPL, beberapa pasukan hilang tonggak utama

Foto AFP

Manchester, 18 Disember - Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 dijangka memberi kesan kepada beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila kelab kehilangan pemain utama sepanjang tempoh kejohanan dari 21 Disember hingga 18 Januari di Maghribi.

Antara nama besar yang terlibat ialah Mohamed Salah (Mesir), Omar Marmoush (Mesir), Bryan Mbeumo (Cameroon) serta Amad Diallo (Ivory Coast), sekali gus menjejaskan perancangan Liverpool, Manchester City dan Manchester United.

Sunderland dijangka paling terkesan apabila kehilangan sehingga enam pemain utama, manakala Fulham turut terpaksa melepaskan tiga pemain Nigeria mereka.

Namun, beberapa kelab seperti Arsenal, Chelsea, Newcastle, Aston Villa, Bournemouth dan Leeds tidak terjejas kerana tiada pemain dipanggil menyertai AFCON.

Ketiadaan pemain Afrika dijangka menguji kelab-kelab EPL ketika jadual perlawanan padat musim perayaan, termasuk saingan liga dan Piala FA.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH