fb fb fb fb fb

ACLE: JDT tagih pengalaman pemain import baharu

Pengendali JDT, Hector Bidoglio (kiri) / Foto JDT

JOHOR BAHRU, 11 Februari-Pengalaman tiga pemain import baharu dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) amat ditagih dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pengendali JDT, Hector Bidoglio berkata meskipun kesemuanya agak berusia, namun beliau yakin trio itu mampu memberikan aksi terbaik dan seterusnya membantu kejayaan skuad Harimau Selatan melangkah lebih jauh dalam saingan ACLE kali ini.

Dalam saingan ACLE, JDT akan berdepan skuad Liga Australia,Central Coast Mariners, petang ini.

Jelas Bidoglio, perlawanan kali ini agak penting buat JDT dalam usaha mengukuhkan kedudukan selain menempah slot beraksi di peringkat kalah mati kali ini.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu kini berada pada kedudukan keenam Kumpulan A dengan lapan mata hasil dua kemenangan, seri dua kali dan tewas dua kali.

Sementara itu, skuad Mariners yang berada pada kedudukan tercorot dengan hanya meraih satu mata hasil satu kemenangan dan tewas lima kali daripada enam perlawanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD