fb fb fb fb fb

Aaron Chia-Wooi Yik ke suku akhir, kembali pamer aksi bertenaga

FOTO FB BAM

SINGAPURA, 8 Jun- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali berada di tahap prestasi terbaik apabila mara ke saingan suku akhir kejohanan.

Pada aksi pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik menang 21-18, 21-17 menewaskan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia.

Saingan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura menyaksikan Aaron-Wooi Yik tenang sepanjang aksi tersebut.

Aaron-Wooi Yik juga dilihat bijak mengawal permainan biarpun diberikan tentangan sengit pada awal set pertama.

Pada aksi suku akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual menentang Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dari Indonesia.


(FOTO FB BAM)

Dalam pada itu, pemain badminton perseorangan lelaki utama negara dan harapan pingat Olimpik, Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal.

Pemain ranking 10 dunia itu, terkandas di pusingan pertama kejohanan Super 750 yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Walaupun dilihat cuba memberi tentangan, Zii Jia terpaksa akur apabila tumpas di tangan pemain nombor 27 dunia, Weng Hong Yang dari China 20-22, 21-16, 19-21 dalam tempoh 74 minit.

Kekalahan itu juga adalah rentetan beberapa prestasi buruk sejak awal tahun ini termasuk ketika tersingkir pada pusingan kedua Malaysia Masters.

Susulan itu, kedudukan Zii Jia yang berada di ranking nombor dua Oktober lepas terus merudum ke tangga 10.

Dalam pada itu, Hong Yang, naib juara Masters Malaysia 2023, dijadual menentang rakan senegara dan penyandang juara All England, Li Shi Feng, yang terdahulu menundukkan pemain Malaysia Cheam June Wei 16-21, 21-19, 14-21.

Media Baharu