fb fb fb fb fb

Sekolah menengah agama berasrama penuh bakal dibina di Benut

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Sekolah menengah agama berasrama penuh bakal dibina di pekan Benut, Pontian.

Sekali gus, boleh menjadi sumber membekalkan tenaga pelajar bagi memenuhi pembangunan Kolej Universiti Islam Johor yang sedang dirancang.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata pembangunan tersebut selari dengan hasrat untuk membangunkan kawasan pendidikan di sepanjang pekan berkenaan.

"Kita telah memulakan langkah untuk mengubah landskap dan juga ciri-ciri yang ada di pekan Benut ini supaya ia menjadi dan memiliki ciri-ciri pemodenan yang boleh diperkenalkan di daerah ini. Saya yakin dan percaya itu boleh menjadi pencetus kepada pembangunan seterusnya," kata Hasni.

Beliau berkata demikian selepas Program Bicara Motivasi dan Jati Diri Bangsa serta Pelancaran Antologi Puisi di Pontian.

(Hasni hadir pada Program Bicara Motivasi dan Jati Diri Bangsa serta Pelancaran Antologi Puisi di Pontian)

Tambahnya, Johor perlu pembangunan yang moden dan maju bagi meletakkan negeri ini sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Media Baharu