(Che Roslan bersama petugas RTM untuk liputan dan siaran PRU15)
KUALA LUMPUR, 19 November- Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berpuas hati dengan persiapan para petugas RTM untuk liputan dan siaran hari pengundian bagi PRU15.
Jelasnya, simulasi hari pengundian yang melibatkan para pengulas teknikal, para pelapor juga lancar.
"Alhamdulillah setakat ini saya sangat berpuas hati dengan persedian kita. Pengulas juga sudah bersedia. Pasukan teknikal kita pun bertungkus lumus, begitu juga pegawai di negeri. Mereka pun bersedia."
Para petugas RTM turut dinasihati agar sentiasa menjaga kesihatan dan membuat persediaan mental bagi memastikan operasi berita berjalan lancar.
Beliau ditemui selepas membuat lawatan di Bilik Operasi PRU15 di Wisma Berita, Angkasapuri semalam.
(Petugas RTM bersedia bagi hari pengundian, PRU15)