fb fb fb fb fb

PRU15: Polis Perlis sedia hadapi sebarang kemungkinan

KANGAR, 3 November - Polis Perlis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri itu, kata Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Beliau memaklumkan kesemua keperluan termasuk anggota bersedia dikerah pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang kemungkinan sepanjang PRU15 di Perlis.

Bagi proses penamaan calon pada Sabtu ini, seramai 1,150 anggota akan bertugas di tiga pusat penamaan, sebagai persediaan awal sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti rusuhan dan tunjuk perasaan.

(Surina Saad bercakap kepada pemberita selepas
Majlis Persmian penutupan cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 2022
di Padang Besar, Perlis)

"Kita sudah bersiap sedia hadapi situasi itu, sekiranya berlaku, dan saya harap tidak berlakulah. Di di negeri Perlis ini memang tidak pernah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sebelum ni, jadi diharapkan PRU15 juga tidak berlaku apa-apa lah," kata Surina Saad di sini.

Tambah beliau, Perlis tidak mempunyai kawasan Panas yang dikenal pasti berpotensi berlaku rusuhan sepanjang PRU15 ini.

Media Baharu