BATU PAHAT, 6 November - Tempoh berkempen selama dua minggu akan dipastikan tidak sama sekali menyentuh mengenai isu perkauman.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata gerak kerja sepanjang tempoh berkempen perlu lebih harmoni seiring dengan tempoh perkhidmatannya di kawasan tersebut sejak 18 tahun lalu.
"Sejak sekian lama kita mulakan dengan inisiatif contohnya perayaan Deepavali bukan MIC sahaja buat perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Puasa kita buat secara berkelompok...kita buat dalam suasana harmoni," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Komuniti Ayer Hitam lebih baik cegah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor di Ayer Hitam, di sini.
Tambah Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan, perlunya setiap calon yang bertanding kali ini berkempen secara harmoni agar agenda pembangunan dan kemajuan dapat direalisasikan.