fb fb fb fb fb

PRU15: Kesiapsiagaan agensi bawah KDN pada tahap tinggi - Hamzah

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 18 November - Agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi memastikan hari pengundian esok berjalan lancar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya turut bersedia dengan kemungkinan berlakunya banjir di mana-mana lokasi 'hotspot' yang telah dikenal pasti di seluruh negara pada hari pengundian.

(Datuk Seri Hamzah Zainuddin)

“Kita telahpun melakukan simulasi bersama dengan agensi di bawah KDN diketuai oleh PDRM dan dibantu dengan anggota RELA.

"KIta juga telah bekerjasama dengan ATM untuk memastikan kalau berlaku perkara ini (banjir) akan masuk untuk membantu kita di seluruh negara...jadi tidak timbul masalah luar jangka ini kerana simulasi telah pun kita lakukan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai-Pegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan Gred KP29, di sini.

Majlis perbarisan tamat latihan 193 pegawai kadet Imigresen itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah Hamzah, pegawai-pegawai kadet itu telah menjalani latihan selama empat bulan setengah di Akademi Imigresen Malaysia berbanding kursus sebelum ini yang hanya dijalankan selama 49 hari.

Media Baharu