fb fb fb fb fb

PRU15: Calon dinasihat mohon permit ceramah awal

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 5 November- Calon parti politik yang bertanding di lapan kerusi parlimen di Negeri Sembilan dinasihat untuk tidak membuat permohonan permit ceramah kempen pada saat-saat akhir.

Perkara tersebut ditegaskan Ketua Polis Negeri, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Menurutnya, permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ceramah diadakan.

"Saya menasihati kepada semua parti yang bertanding agar sepanjang tempoh berkempen ini hendaklah mengikut prosedur yang betul. Antaranya adalah melakukan permohonan permit ceramah kempen di Ibu Pejabat Daerah masing-masing," kata Ahmad Dzaffir dalam satu sidang media di Seremban hari ini.

Mengulas mengenai proses penamaan calon hari ini, seramai 1,258 pegawai dan anggota polis digerakkan ke semua lokasi di lapan kawasan parlimen.

"Seramai 1,258 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi pusat penamaan calon yang terdiri daripada 120 pegawai kanan manakala 1,138 pegawai rendah polis serta dibantu oleh 30 anggota RELA dan tujuh sukarelawan polis yang membantu menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang tempoh proses penamaan calon pada hari ini," tambahnya.

Beliau turut memaklumkan tiada sebarang provokasi dilaporkan dan mengingatkan penyokong parti politik untuk tidak melakukan sebarang tindakan luar jangka yang boleh menggugat ketenteraman awam.


(Logo PDRM)

 

Media Baharu