fb fb fb fb fb

PRU15 : Calon bertanding perlu berkempen secara sihat

(Shahanim Mohd Yusuf bertemu dengan pengundi di Sungai Petani)

SUNGAI PETANI, 16 November- Para penyokong, jentera parti dan ahli-ahli parti politik yang bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) agar berkempen secara sihat, muhibah dan harmoni.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusuf berkata kempen memburukan calon, memfitnah, budaya samseng adalah sikap yang kurang baik.

Shahanim menjelaskan sikap itu hanya akan menjejaskan reputasi dan imej parti tersebut.

"Sebagai calon juga mereka perlu menunjukan kekuatan tanpa membuat pelbagai provokasi, memfitnah dan memburukan calon lain, sebagai cara untuk mendapat sokongan pengundi," katanya ditemui pemberita di sini hari ini.


(Shahanim Mohd Yusuf ditemui pemberita RTM di Sungai Petani)

Media Baharu