fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: PM tinjau proses pengundian

(Sekitar proses pengundian PRU Dewan Negeri Johor/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 12 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau perjalanan proses pengundian PRU Dewan Negeri Johor ke-15.

Beliau tiba di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Kempas pada pukul 1.55 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit di situ.

Ismail Sabri melakukan tinjauan kira-kira 50 meter dari perkarangan pusat mengundi berkenaan.

Turut serta, calon Barisan Nasional (BN) N47 Kempas, Datuk Ramlee Bohani dan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Hadir sama, Ketua Pusat Daerah Mengundi, Datuk Md Shadip Mohd.

(Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Kempas)

Perdana Menteri turut memberikan kata-kata semangat kepada Datuk Ramlee yang berdepan saingan tujuh penjuru di kerusi Dewan Negeri Kempas.

Tinjauan tersebut juga dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan.

Ismail Sabri kemudian meluangkan masa meninjau dari luar perkarangan Pusat Mengundi SK Taman Mutiara Rini di Dewan Negeri Kota Iskandar.

Beliau yang tiba pada pukul 2.30 petang sempat beramah mesra dan bergambar bersama pengundi.

Pusat Mengundi tersebut mempunya kira-kira 4,000 pengundi melibatkan 6 saluran.

Sementara itu, dalam hantaran di Twitter beliau, Ismail Sabri bersyukur proses pengundian yang berlangsung hari ini lancar dan teratur. 

Media Baharu