fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: 36 permit diluluskan, empat kertas siasatan dibuka semalam

(Bendera parti-parti bertanding dalam PRU Dewan Negeri Johor/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 3 Mac - Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka dan 405 permit telah diluluskan di seluruh Johor, sejak 26 Februari hingga semalam.

Jurucakap media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata semalam sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor telah meluluskan 36 permit dan membuka empat kertas siasatan.

Keempat-empat kertas siasatan itu dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

(Calon BN Gambir, Shahrihan Jani dalam kempen secara bersemuka bertemu pengundi)

"PDRM Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan dan menghormati antara satu sama lain dalam tempoh masa berkempen.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berdasarkan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Baharu