fb fb fb fb fb

Kehadiran 'Long Nan' bantu kempen calon BN beri nilai tambah- Wan Rosdy

(Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

BENTONG, 5 Oktober- Kehadiran bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob membantu kempen pilihan raya kecil (PRK) Pelangai memberi nilai tambah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam. 

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sokongan daripada pengundi kepada calon BN juga menunjukkan petanda positif dan semakin meningkat setiap hari. 

Jelas Wan Rosdy, figura itu juga amat sinonim buat penduduk di DUN Pelangai setelah lapan penggal menjadi wakil rakyat disitu.

"Semakin hari semakin meningkat jadi bila ada Tan Sri Adnan turun kempen ada nilai tambah sebab beliau merupakan wakil rakyat kawasan ini, Menteri Besar..19 tahun banyak jasa beliau di Pelangai ini," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian selepas merasmikan kursus anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) di Agropolitan Chemomoi, di sini.

Turut hadir Presiden ANGKASA, Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah. 

rtm
(Datuk Seri Wan Rosdy bersama Presiden ANGKASA, Datuk Dr Abdul Fattah selepas merasmikan kursus anjuran ANGKASA di Agropolitan Chemomoi, di sini, semalam)

Selasa lalu, Tan Sri Adnan turun membantu kempen calon BN, Datuk Amizar di FELDA Kemasul. 

Menurut Amizar, Tan Sri Adnan yang mesra disapa ‘Long Nan’ antara individu banyak menitipkan nasihat kepada beliau sebelum menceburi bidang politik.

"Beliau ini saya panggil mahaguru politik sebab beliau ini punya sikap baik dipanggil macam ayah kepada kita. Beliau juga nasihatnya sangat tajam, menasihati agar sentiasa bersama dengan rakyat lihat orang susah dan bantu orang susah ini Long Nan punya prinsip," katanya.

Media Baharu