fb fb fb fb fb

PRK Pelangai, JaPen Pahang giat laksana hebahan mengundi

BENTONG, 5 Oktober- Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Pahang giat melaksanakan hebahan keluar mengundi kepada pemilih berdaftar program ‘Info On Wheels’ (IOW) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Pelangai, Sabtu ini.

Pengarahnya, Mazli Hamdan berkata empat unit kenderan IOW digerakkan ke sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi melaksanakan program berkenaan selama tiga hari sehingga esok.

Katanya, hebahan itu memaklumkan kepentingan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi demi masa depan negara, selain menyemak pusat mengundi yang ditentukan serta membawa dokumen penting bersama ketika pendaftaran.

"Di samping itu, kita akan menjelajah ke seluruh pelusuk Dewan Negeri N.36 Pelangai ini, untuk menyeru kepada semua pemilih berdaftar keluar mengundi."

Untuk makluman semua pihak, IOW ini berperanan dalam menghebahkan makluman kepada rakyat yang mana kita selalu laksanakan ketika musim pilihan raya," kata Mazli kepada pemberita, hari ini.

rtm
(Pengarah JaPen Pahang, Mazli Hamdan)

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Pelangai mengandungi 16,456 pengundi yang terdiri daripada 16,417 pengundi biasa serta 36 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

Media Baharu