fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Elak main sentimen 3R, sebar komen jelik

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 26 September- Semua pihak yang berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota digesa tidak memainkan sentimen 3R (raja, agama, kaum) serta menyebarkan komen jelik.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, perkara itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi serta potensi pertumbuhan Malaysia sekiranya masih wujud persengketaan politik berlarutan tanpa kesudahan.

"Saya harap semua pihak yang berkempen termasuk calon, parti politik atau penyokong parti masing-masing untuk menghormati satu sama lain.

"Etika semua pihak perlu dijaga bagi mencerminkan adam dalam kalangan rakyat Malaysia. Janganlah kita memainkan isu agama dan perkauman kerana keharmonian masyarakat adalah aset yang paling penting untuk Malaysia teruslah menarik minat pelabur asing," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Penyampaian Pakej Tajaan kepada Pasukan 'Malaysia Drone Racing Championship' sempena Pertandingan FAI 2024 World Drone Racing Championship di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan syarikat tempatan dan syarikat asing di negara ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI