fb fb fb fb fb

PRK DUN Pelangai: Isu perumahan generasi kedua dan pekerjaan belia FELDA jadi keutamaan

(FOTO RTM)

BENTONG, 6 Oktober - Isu perumahan generasi kedua dan peluang pekerjaan antara yang perlu diberi perhatian oleh wakil rakyat yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, esok.

Presiden Alumni Majlis Belia FELDA, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, perkara tersebut penting bagi mendapatkan keyakinan  dan kepercayaan golongan belia kepada Kerajaan Perpaduan.

"FELDA mahu pun kerajaan negeri dan Persekutuan perlu menyelesaikan segera masalah generasi baru FELDA di sini seperti isu perumahan, pekerjaan dan sebagainya.

"Saya yakin dan percaya isu ini adalah isu lama yang di main dan di putar belitkan oleh ahli politik.

"Namun, kerajaan yang ada hari ini perlu menyelesaikannya dengan segera", katanya yang ditemui selepas Majlis Alumni MBF Bersama Masyarakat belia asli  di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi, Bentong, pada Khamis.

Mengulas kebimbangan mengenai kemungkinan pengundi belia tidak keluar mengundi pada Sabtu, Abdullah yakin situasi itu tidak berlaku di kawasan Pelangai.

Katanya, dia telah dimaklumkan oleh Tok Batin dan ketua kampung sekitar Pelangai yang memberi jaminan bahawa golongan belia, termasuk belia Orang Asli akan keluar mengundi esok.

Menurut Abdullah, dia percaya, golongan belia mempunyai kesedaran tinggi dalam isu politik dan sudah matang dalam membuat pilihan.

0610 FELDA 10
(Presiden Alumni Majlis Belia FELDA, Datuk Abdullah Abu Bakar)

Media Baharu