fb fb fb fb fb

PRK KKB: Pengundi dinasihat pilih kestabilan- TPM Fadillah

Datuk Seri Fadillah pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon 4 DUN Satok di Kampung Segedup

KUCHING, 27 April- Para pengundi di kawasan Dewan Negeri, Kuala Kubu Baharu dinasihat supaya memilih parti yang boleh membawa kestabilan kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia memerlukan kestabilan agar dapat memberi fokus kepada pembangunan negara.

“Hanya dengan kestabilan kita dapat menumpukan dan memberi fokus pada pembangunan Malaysia, baik" dari segi ekonomi, keadaan sosial dan sebagainya.

"Saya percayapengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka,"katanya.

Bercakap kepada pemberita di Kuching, beliau juga mengingatkan parti-parti bertanding agar berkempen dengan berhemah dan tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan sensitiviti dalam kalangan rakyat yang boleh membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Seri Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan turut memaklumkan Gabungan Parti Sarawak tidak terlibat untuk berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil, PRK DUN Kuala Kubu Baharu, namun bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan .

Hari Pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu ditetapkan pada 11 Mei ini.

Ia melibatkan saingan empat penjuru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE