fb fb fb fb fb

PN sedia kerjasama dengan mana-mana parti yang sokong prinsipnya

KUALA LUMPUR, 20 November- Perikatan Nasional (PN) menerima mana-mana parti bagi membentuk gabungan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media.

"Perikatan nasional mengalu-alukan penyertaan mana mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin bersih dan stabil. Andai kata Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan bersama parti-parti lain yang sehaluan, tumpuan PN adalah untuk melaksanakan semua tawaran,"katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, PN mencapai kemenangan luar jangka, antaranya disebabkan faktor sokongan pengundi-pengundi terutamanya pengundi muda.


(Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin)


"Sokongan rakyat terhadap PN terutamanya daripada pengundi-pengundi muda telah membolehkan Perikatan Nasional mencapai kejayaan luar jangka. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada semua calon PN yang telah memenangi kerusi masing-masing, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah pun bekerja keras dan penuh komitmen," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa yakin akan membentuk Kerajaan Persekutuan kerana parti gabungan itu telah melepasi majoriti mudah.

Beliau berkata telah mencapai persefahaman menerusi sokongan ahli-ahli Parlimen lain.

Namun, beliau yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan butiran perbincangan dengan pihak mana bagi membentuk kerajaan selain menegaskan PH mempunyai jumlah majoriti yang cukup.

Kami telah mencapai persefahaman dalam persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenan oleh ke bawah duli yang maha mulia yang dipertuan Agong. Jadi inilah parti pertama
dari blok yang terbesar dan keduanya telah memperolehi jumlah yang mencukupi untuk membentu kerajaan dengan suara majoriti.

Media Baharu