KULAI, 3 November - Perikatan Nasional (PN) Johor mempertaruhkan 72 peratus calon baharu yang akan bertanding di semua 26 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19
November ini.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN Johor, Rasman Ithnain berkata 30 peratus calon PN pula terdiri daripada orang muda.
PN yang merangkumi Bersatu bertanding 16 kerusi, PAS 4 kerusi, GERAKAN 2 kerusi dan BERSEKUTU 4 kerusi.
Calon termuda PN Johor berusia 28 tahun manakala calon berpengalaman juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin merupakan calon paling senior PN Johor.
(Rasman bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas Pilihan Raya Umum, di sini)
"Calon-calon kita sudah buat semakan dari segi muflis sebagainya, tiada masalah sediakan 20 org peguam untuk dibuat secara terus kepada calon, apa perlu dibuat adalah pergi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM).. ini saringan terakhir," kata Rasman di sini.
PN Johor sudah bersiap sedia untuk berkempen dan akan menyelesaikan urusan pencalonan dengan segera sebelum pengumumannya Sabtu ini.