fb fb fb fb fb

PM ingatkan rakyat tidak ulangi kesilapan PRU14

SUNGAI SIPUT, 15 November- Rakyat diingatkan tidak mengulangi kesilapan sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila salah memilih kerajaan.                     

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rakyat perlu bijak membuat pilihan dengan kembali memberi sokongan kepada kerajaan yang ada atau parti yang boleh membela nasib rakyat.


(rakyat perlu bijak membuat pilihan dengan kembali memberi sokongan kepada kerajaan)

"Rakyat perlu mengetahui parti mana yang selama ini membantu orang ramai terutama dalam menjaga kepentingan mereka selama ini,"

"Janji kerajaan juga selama ini sentiasa dikecapi dalam membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Peneroka di Felda Lasah, di sini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menjelaskan bahawa keputusan meletakkan calon MIC di Parlimen Sungai Siput sepatutnya tidak dijadikan isu.

Beliau berharap Parlimen Sungai Siput dapat menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional, sekali gus memastikan kemenangan pada pilihan raya kali ini.

Media Baharu