fb fb fb fb fb

PM beri bayangan Parlimen dibubar tidak lama lagi

KUALA LUMPUR, 17 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan Parlimen bakal dibubarkan tidak lagi lagi.

Beliau memaklumkan, perbincangan bersama kepimpinan UMNO akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Saya mendengar dengan jelas...lima pemimpin tertinggi, 'top 5' pun ada di sini. Insya-Allah dalam tempoh terdekat kita akan berjumpa.

"Dan paling penting apabila PRU diadakan kita mesti menang PRU akan datang.

"Kalau kita tak mampu menguasai kerusi membentuk kerajaan, kita akan kembali seperti sebelum PRU ke-14," katanya.

(Ismail Sabri)

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN, di sini hari ini.

Lebih daripada 10,000 ahli parti seluruh negara menghadiri majlis itu.

Media Baharu