KULAI, 18 September- MCA akan melipat ganda usaha untuk menambah ahli baharu parti itu, khususnya daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.
Justeru, Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, program-program yang menjurus kepada penyertaan generasi muda dipergiat, untuk mendampingi golongan berkenaan.
"Golongan muda kini tidak mengundi berdasarkan parti.
Sebaliknya menilai pemimpin yang dekat di hati, dengan dasar-dasar kerajaan yang dilihat dapat membantu mereka," katanya selepas merasmikan Persidangan Sayap Wanita dan Pemuda MCA Johor di sini.
(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Persidangan Sayap Wanita dan Pemuda MCA Johor di sini)
Datuk Seri Dr. Wee yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu, MCA sudah bersedia pada tahap maksimum untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU ke-15).
Pihaknya juga akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menegaskan kemenangan sesuatu parti ditentukan rakyat sendiri.
Setakat ini MCA mempunyai lebih sejuta ahli.