fb fb fb fb fb

Perang bendera meriahkan kempen calon, parti bertanding

Perang bendera mewarnai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap

NIBONG TEBAL, 24 Jun - Perang bendera mewarnai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati kebanyakkan kawasan dipenuhi bendera, gegantung dan poster calon kedua-dua parti bertanding termasuk di sekitar perumahan, lot kedai, persimpangan serta sepanjang jalan utama. 

Pemasangan juga dilihat bersesuaian dengan tiada halangan lalu lintas atau yang boleh membahayakan orang awam khususnya penunggang motosikal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula Sabtu lalu hingga 11.59 malam, 5 Julai depan. 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN