KUALA LUMPUR, 2 Disember- Anggota keselamatan dan pasangan mereka akan menunaikan tanggungjawab untuk pengundian awal PRU ke-15 bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan DUN Tioman, Pahang, esok.
Satu pusat pengundian awal melibatkan dua saluran awal akan dibuka bagi Parlimen Padang Serai, manakala dua pusat pengundian awal dengan dua saluran akan digunakan untuk DUN Tioman.
Menurut senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi kedua-dua pilihan raya ini, terdapat 76 anggota polis bagi Parlimen Padang Serai manakala 262 anggota polis di DUN Tioman.
Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) menyarankan semua pihak yang hadir ke pusat mengundi esok, agar mematuhi prosedur operasi standard perlindungan diri.
(Foto fail)
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember berikutan kematian calon Pakatan Harapan, M. Karupaiya pada 16 November.
Manakala pengundian DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli, pada pagi hari pengundian 19 November lepas.