fb fb fb fb fb

Menaik taraf Kota Bharu sebagai bandar raya jadi agenda calon BN

Kota Bharu, 9 November- Agenda menaik taraf status Kota Bharu kepada bandar raya menjadi agenda calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosmadi Ismail.

Jelasnya, Kota Bharu mempunyai prospek yang baik dari sudut pelancongan dan warisan sejarah silam yang menarik buat tatapan pelancong.

"Kita kena bangunkan kembali aktiviti ekonomi di Kota Bharu ini dalam segala hal,saya rasa Kota Bharu ini prospek yang bagus Tourism (Pelancongan).

"Kita amat strategik sebenarnya, Kita (Kota Bharu) bersebelahan dengan Thailand. Kita mempunyai satu kelebihan berbanding negeri lain", katanya kepada media.

Beliau di temui media selepas melakukan tinjauan mesra ke atas peniaga di Kompleks Bazar Tok Guru, Kota Bharu.

Parlimen Kota Bharu menyaksikan persaingan sengit apabila enam parti politik bersaing merebut kerusi Parlimen itu yang ketika ini disandang Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Media Baharu