fb fb fb fb fb

Mekanisme terbaik dicari, bantu selesai masalah pemandu e-hailing di Arau

(FOTO HIASAN)

ARAU, 6 November - Satu mekanisme terbaik bakal dibincangkan bersama pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pemandu e-hailing terutamanya di Arau.

Calon Barisan Nasional Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata pemandu e-hailing didapati mengalami kesukaran khususnya ketika mengambil penumpang di kawasan Stesen Keretapi Arau terutamanya ketika berlaku kesesakan lalulintas.

(Calon Barisan Nasional Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman)

"Saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif KTM bagaimana cara hendak membantu mereka dan InsyaAllah pengurus wilayahnya akan berbincang dan mengenal pasti cara terbaik membantu mengurangkan kesesakan trafik di stesen KTM Arau," katanya.

Dalam pada itu, pemandu e-hailing, Adnan Ibrahim berharap masalah yang dihadapi oleh pemandu-pemandu e-hailing di Arau dapat diselesaikan segera.

(Pemandu e-hailing, Adnan Ibrahim)

"Saya berharap ada pihak-pihak dapat membantu menyelesaikan masalah ini...ambil tindakan yang sepatutnyalah...untuk memudahkan kerja-kerja kami dan memudahkan pengguna pengangkutan awam," kata Adnan.

Media Baharu