ROMPIN, 24 November - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Negeri Tioman bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan Bebas.
"Perikatan Nasonal (PN) diwakili Ketua Muslimat PAS cawangan Pianggu, Nor Hidayu Hashim, manakala calon Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk Seri Mohd Johari Hussain.
"Calon Pakatan Harapan (PH) diwakili Mohd Fadzil Mohd Ramly manakala calon Pejuang diwakili Osman A. Bakar dan calon Bebas diwakili Sulaiman Bakar," kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek ketika mengumumkannya di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Penamaan calon Dewan Negeri Tioman diadakan semula selepas calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.
Daftar pemilih pilihan raya yang akan digunakan untuk pilihan raya ini mengandungi 28,465 pemilih yang terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 terdiri daripada anggota polis dan tiga Pengundi tidak hadir luar negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Disember sebagai hari pengundian awal, manakala hari pengundian pada 7 Disember.