fb fb fb fb fb

Kemenangan BN hadiah untuk rakyat Johor - Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 13 Mac- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan gabungan politik itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai hadiah kepada rakyat yang kembali memberikan kepercayaan kepada BN.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata Ikhtiar BN Johor akan dilaksanakan segera dengan kepimpinan pusat terus membantu Pengerusi BN negeri Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar.

“Keputusan tidak rasmi di luar jangkaan. Syukur. Tiada perasaan sombong, riak, takabbur dan ujub, kejayaan ini hadiah untuk rakyat negeri Johor yang memberi semula kepercayaan kepada BN.

(Foto fail)

“Sebagai Pengerusi BN, saya akan mengemukakan nama Datuk Hasni agar dapat perkenan Tuanku (Sultan Johor) untuk teruskan tugas sebagai Menteri Besar Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas BN menang pada PRN itu.

Media Baharu