BERA, 17 November- Rakyat diminta tidak terkeliru dengan dakwaan 'kabinet bayangan' dianggotai pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikeluarkan pembangkang seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN tidak pernah mengeluarkan kabinet bayangan kerana tumpuan parti ketika ini adalah untuk memenangi pilihanraya.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)
Jelas beliau, tindakan tersebut dianggap sebagai perang psikologi pilihan raya memandangkan parti lawan sudah kehabisan modalĀ untuk berkempen.
"Kabinet bayangan itu perkara biasa pada pembangkang. Bezanya kita memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang kita lakukan apabila kita menang", katanya kepada media.
Beliau berkata demikian pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia peringkat kebangsaan di Dataran Kerayong, di sini.