fb fb fb fb fb

Datuk Seri Hajiji kekal kerusi DUN Sulaman

engerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bersalaman dengan penyokongnya ketika tiba Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 30 November - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu memperoleh 10,639 undi sekali gus mencatat majoriti 8,919 undi dalam saingan lima penjuru.

Kemenangan itu menewaskan empat calon lain iaitu Dr Shahnon Rizal Thaijuddin daripada Barisan Nasional (BN); Mokhtar Hussin (Warisan); Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional); dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Pada PRN Sabah 2020, Datuk Seri Hajiji menang dengan majoriti 3,099 undi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI