fb fb fb fb fb

Aminuddin Harun kuasai Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON, 20 November- Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun muncul pemenang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Port Dickson denganĀ 42,013 undi.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rembau P.132, Khairy Maamor dalam pengumumannya berkata Aminuddin menang dengan majoriti 23,601 undi, sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk P. Kamalanathan yang mendapat 18,412 undi.

Beliau turut menewaskan calon Perikatan Nasional, Rafie Mustapha dengan 18,235 undi, Pejuang Datuk Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dengan 1,084 undi dan calon Bebas, Abdul Rani Kulup Abdullah dengan 441 undi.


(Aminuddin menang dengan majoriti 23,601 undi)

Sebanyak 77.97% daripada jumlah keseluruhan 104,450 pengundi di Parlimen itu menyumbang kepada keputusan terbabit.

Daripada 81,430 jumlah kertas undi keluar, 1,089 jumlah undi ditolak dan 162 jumlah undi tak kembali.

Pengumuman keputusan rasmi pilihan raya bagi Parlimen Port Dickson itu dibuat sekitar pukul 3.00 pagi tadi.

Media Baharu