Ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.06-RM4.08 minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 September – Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.06 hingga RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan, berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan pasaran pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dan Bank of Japan.
  • Fed dan BOJ dijangka menaikkan kadar masing-masing sebanyak 25 mata asas.
  • Pasaran menantikan unjuran Fed mengenai pertumbuhan, inflasi, pengangguran dan kadar dana Persekutuan.
  • Perkembangan geopolitik dan kenaikan harga minyak mentah dijangka mempengaruhi sentimen pasaran pertukaran asing.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan pasaran terarah kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan Bank of Japan (BOJ).

Menurut beliau, kedua-dua bank pusat dijangka menaikkan kadar dasar masing-masing sebanyak 25 mata asas.

Pasaran turut menantikan unjuran ekonomi terbaharu Rizab Persekutuan AS (Fed), khususnya berkaitan pertumbuhan ekonomi, inflasi, kadar pengangguran dan kadar dana Persekutuan.

Katanya, jangkaan kenaikan kadar oleh Fed ketika ini berpotensi memberi sokongan kepada dolar AS, sekali gus mengehadkan pengukuhan ringgit.

Selain keputusan bank pusat, perkembangan geopolitik serta kenaikan harga minyak mentah turut dijangka mempengaruhi sentimen pasaran pertukaran asing minggu depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.