
KUALA LUMPUR, 15 Januari – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil akibat operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
- BNM menawarkan dua tender repo berbalik: RM1 bilion (7 hari) dan RM1.5 bilion (32 hari).
- Bank pusat sediakan kemudahan SBBA, repo berbalik dan murabahah dengan matang mingguan hingga tiga bulan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM28.22 bilion manakala dana Islam RM25.54 bilion.
Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi 32 hari.
Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik (SBBA) serta kemudahan komoditi murabahah bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM30.7 bilion dan tender semalaman Murabahah RM25.5 bilion.- BERNAMA