KUALA LUMPUR, 12 November – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan untuk menstabilkan kadar jangka pendek.
- Mudah tunai dianggarkan RM29.05 bilion (konvensional) dan RM20.38 bilion (Islam).
- Dua tender repo berbalik dilaksanakan: RM3.10 bilion (7 hari) dan RM1.7 bilion (30 hari).
- Pelbagai kemudahan repo dan Murabahah disediakan untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM29.05 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.38 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat itu juga akan melaksanakan dua tender repo berbalik, masing-masing berjumlah RM3.10 bilion bagi tempoh tujuh hari dan RM1.7 bilion untuk 30 hari.
Selain itu, bank pusat berkenaan turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional berjumlah sehingga RM33.9 bilion dan RM20.4 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA