fb fb fb fb fb

Ziarah Rahmah pantau kesihatan jemaah haji

(Foto fail)

MEKAH, 4 Jun- Tabung Haji (TH) mengadakan program Ziarah Rahmah bagi memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada jemaah Malaysia termasuk membantu mengesan lebih awal masalah kesihatan yang mereka hadapi.

Penyelaras Operasi Unit Kesihatan Awam, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah berkata pihaknya juga mengambil peluang menyampaikan pendidikan kesihatan dalam sesi ziarah itu.

"Jemaah yang mempunyai masalah kesihatan akan segera dirujuk ke klinik dan pakar perubatan yang disediakan TH di tanah suci.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjalankan program ziarah bilik ke bilik pada musim haji," katanya kepada media di sini.

Setakat ini, pasukan kesihatan yang terdiri daripada 11 petugas telah mengunjungi 2, 551 bilik penginapan meliputi lebih 12,000 jemaah.

(Dr Nur Fatihah Oh Abdullah berkata pihaknya juga mengambil peluang menyampaikan
pendidikan kesihatan dalam sesi ziarah Rahmah itu)

Media Baharu