fb fb fb fb fb

744 kes penipuan dalam talian libatkan Facebook

(Teo Nie Ching ditemu bual dalam sidang media selepas Program Menonton
Wayang Bersama Komuniti Polis Kulai)

JOHOR BAHRU, 4 Jun- Laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 744 laporan mengenai kes penipuan dalam talian melibatkan laman Facebook dari Januari hingga 25 Mei lepas.
 
Ini diikuti Telegram dengan 17 kes, Whatsapp 16 kes, Instagram tujuh kes dan e-mel satu kes.
 
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata angka itu jelas menunjukkan kepentingan kerjasama antara kerajaan dengan penyedia platform media sosial agar kes jenayah dalam talian diambil tindakan segera.
 
"Kami faham bahawa penyedia platform ada garis panduan komuniti mereka masing-masing. Walaupun begitu TikTok berjumpa dengan kami KKD, Facebook berjumpa dengan kami dan Google berjumpa dengan kami. Kami mengadakan perjumpaan itu adalah untuk pastikan bahawa aktiviti-aktiviti yang haram yang memang menyalahi undang-undang boleh diambil tindakan secepat mungkin.

"Memang kalau ada ucapan-ucapan yang bersifat perkauman dan sebagainya kami boleh hantar senarai itu kepada penyedia platform. Tetapi penyedia platform masih mengguna pakai atau rujuk garis paduan mereka untuk buat keputusan, sama ada kandungan itu akan dipadam atau tidak," kata Teo dalam sidang media selepas Program Menonton Wayang Bersama Komuniti Polis Kulai di sini.

(Teo Nie Ching (belakang, tengah) yang juga Ahli Parlimen Kulai bersama sebahagian PDRM
Kulai menonton filem “Polis Evo 3”/BERNAMA)

Media Baharu