fb fb fb fb fb

Malaysia mampu jadi pusat industri halal global

(FOTO HIASAN)

NILAI, 4 Jun- Jualan makanan halal dalam negara yang dijangka mencecah RM50 bilion tahun ini menjadikan negara berupaya menjadi pusat industri halal global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, berikutan sektor makanan halal dalam negara yang dilihat semakin berkembang, pelbagai inisiatif dilancarkan kerajaan bertujuan mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Ia termasuk penganjuran karnival Mega Fatwa dan Halal peringkat kebangsaan  yang dilaksana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain melaksana dan memperkasa pelbagai program pendigitalan melalui aplikasi sistem MyeHALAL yang membantu usahawan dalam menjimatkan masa dan menyenangkan proses memohon persijilan Halal Malaysia.

"Kita akan terus memperhebatkan jalinan kerjasama antara pihak JAKIM bahagian halal dengan USIM dan saya juga pada hari ini melancarkan Sahabat Halal IPT,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Fatwa dan Halal peringkat kebangsaan 2023 serta melancarkan Sahabat Halal IPT di USIM di Nilai.

Sahabat Halal IPT bertindak sebagai jurucakap kepada JAKIM dan jabatan agama negeri bagi memberikan penjelasan dan ilmu tepat berkaitan isu dan pengurusan halal dalam negara khususnya kepada komuniti pelajar.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar)

Media Baharu