fb fb fb fb fb

Ziarah kasih, salur sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTM

KAYANG, 9 Februari- Lima keluarga Tiong Hua di Taman Perumahan Behor Lateh, Kayang terima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Bantuan diberikan menerusi Program Ziarah Tahun Baharu Cina, berbentuk barangan keperluan harian.

Pengerusi KRT Taman Perumahan Behor Lateh, Areff Affandy Ariffin berkata sambutan TBC pada tahun ini diharap membawa kemajuan dan keharmonian kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Perayaan ini bukan sahaja disambut dengan penuh kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan bersama keluarga serta jiran tertangga pelbagai kaum dan agama di seluruh Perlis."

"Menerusi pelbagai perayaan, perpaduan dan kesatuan antara rakyat terus diperkukuhkan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan meraikan setiap perayaan dalam keadaan aman dan damai." jelas Areff.

Sumbangan disampaikan Exco Negeri merangkap ADUN Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil dengan kerjasama petugas Pusat Khidmat DUN Kayang dan MPKK Taman Perumahan Behor Lateh.

Tambahnya, perayaan TBC saban tahun dilihat mampu memupuk perpaduan di Malaysia, kerana ia turut dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat melalui aktiviti kunjung-mengunjung tanpa mengira latar belakang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM