fb fb fb fb fb

Zakat sumbangan Bank Rakyat diagih kepada lebih 2,000 pelajar

TANJONG KARANG, 14 Ogos- Lebih RM260,000 zakat sumbangan Bank Rakyat diagihkan kepada lebih 2,000 pelajar asnaf melibatkab 24 buah sekolah di sekitar Tanjong Karang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata sumbangan tersebut merupakan satu inisiatif penting di samping memberi impak kepada Keluarga Malaysia dan negara dari segi kemakmuran sejagat.

"Kita telah serahkan kepada pihak sekolah untuk memilih mereka yang layak menerima dan pelajar-pelajar yang ibu bapanya tergolong golongan asnaf.

"Jadi pemilihan ini tidak melibatkan mana-mana parti politik. Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dan saya yakin pihak sekolah telah membuat pilihan tepat untuk anak-anak mereka," kata Noh di Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Bank Rakyat di sini.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih banyak organisasi korporat melaksanakan inisiatif sedemikian agar dapat mengukuhkan silaturahim selain membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan.

(Tan Sri Noh ditemu bual selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Bank Rakyat)

Media Baharu