KUALA LUMPUR, 30 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Thailand, Somsak Thepsutin.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Zahid menyifatkan lawatan Somsak cukup signifikan untuk meningkatkan kerjasama dua hala selain membincangkan isu terkait kedua negara.
Kunjungan Somsak yang juga Pengerusi Lembaga Strategi Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan, juga menterjemahkan keakraban dan hubungan baik Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, sebagai negara yang berjiran demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Pertemuan tersebut juga merupakan susulan pertemuan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di mana keduanya bersepakat untuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid juga berharap hubungan kedua negara berjiran akan terus kekal utuh dan harmoni serta mampu membawa kelebihan dari rakyat kedua-dua negara