fb fb fb fb fb

YSIJ agih sumbangan bakul makanan, 300 keluarga terima manfaat

Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 300 keluarga di Ulu Tiram dan Gelang Patah, pada Selasa.

Menerusi hantaran di Instagram Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memaklumkan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Kanan YSIJ, Shah Reza Md Kanafe.

Hadir sama, Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Johor Bahru, Mohd Sany Mohd.

Penerima sumbangan, Subramaniam Folia, berusia 64 tahun menzahirkan rasa gembira dan bersyukur menerima sumbangan bakul makanan.

“Ini bukan pertama kali saya menerima sumbangan daripada YSIJ, pada tahun lalu ada menerima sumbangan semasa Deepavali."

“Sumbangan ini sangat bermakna kepada saya sekeluarga,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Subramaniam yang kehilangan kaki kiri sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit kencing manis, hanya bergantung harap daripada pendapatan isteri dan anaknya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM