fb fb fb fb fb

YRMS dukung bidang TVET, terap nilai inovasi dalam kalangan belia

KUALA LANGAT, 26 September- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hari Terbuka Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) 2023 di Kolej Komuniti Kuala Langat, hari ini.

Program itu disasar untuk menerapkan nilai inovasi dalam kalangan belia terhadap Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurul Azwa Rodzi, melalui pertandingan yang bertemakan 'TVET untuk Masa Depan Mampan', dapat memberi peluang mempamerkan bakat mereka menerusi projek inovasi yang dihasilkan.

"Kita terap dan memberi galakan kepada mereka untuk menjadi lebih inovatif dan kita sediakan platform dimana mereka boleh buat pembentangan perniagaan.

Melalui pembentangan ini, mereka dapat membina keyakinan untuk memasarkan produk inovasi mereka," kata Nurul kepada pemberita selepas program Hari Terbuka Yayasan Raja Muda Selangor 2023 di sini, hari ini.


(Ketua Pegawai Eksekutif YRMS, Nurul Azwa Rodzi)

Katanya, program kali ini telah menarik lebih 100 penyertaan daripada pelajar sekolah dan kolej seluruh negara.

Menerusi program itu, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan bantuan kepada dua buah rumah kebajikan di daerah Kuala Langat sebanyak RM5,000 bagi setiap rumah.

Selain itu, bantuan komputer riba kepada lima orang pelajar yang memerlukan turut diberikan.

 

Media Baharu