fb fb fb fb fb

Yayasan Bank Rakyat permohonan biasiswa masih dibuka

(Noh Omar pada Program Prihatin Pendidikan Keluarga Malaysia di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi)

JOHOR BAHRU, 3 Mac - RM14 juta diperuntukkan Yayasan Bank Rakyat bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan.

Sebanyak 3,000 permohonan dalam talian telah diterima dan dibuka hingga hujung tahun ini.

Permohonan pinjaman boleh ubah pendidikan ini ditawarkan dengan had siling pembiayaan hingga RM30,000 terbuka kepada semua penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

(Noh Omar pada sidang media di Kota Tinggi hari ini)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata kerajaan amat menyokong inisiatif berkenaan bagi menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau mencapai kelulusan yang baik, dia tidak perlu bayar jadi ini satu-satunya yayasan yang memperkenalkan biasiswa ubahsuai untuk kita memberikan pertolongan dan sumbangan kepada pelajar," katanya selepas Program Prihatin Pendidikan Keluarga Malaysia di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi.

Sementara itu, kementerian itu juga akan segera menyalurkan bantuan RM3,000 bagi membantu usahawan terlibat banjir di Pantai Timur, bulan lalu.

Media Baharu