fb fb fb fb fb

Banjir Pantai Timur: jumlah penduduk terjejas berkurangan

KOTA BHARU, 3 Mac- Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 4,809 orang setakat 7 malam tadi.

Angka itu lebih rendah berbanding hampir 6,000 orang, tiga jam sebelum itu.

Penduduk yang terlibat bencana ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan 1,525 keluarga yang merupakan penduduk Pasir Mas dan Tumpat.

Situasi sama turut berlaku di Terengganu, jumlah penduduk terlibat banjir kini berbaki 5,170 orang berbanding petang tadi.

Sebanyak tiga daerah masih terlibat banjir dengan Hulu Terengganu merekodkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu seramai 4,846 orang.

Manakala daerah Dungun merekodkan 308 penduduk terlibat dan di Kuala Nerus, jumlah penduduk terkesan bencana berkurangan kepada 16 orang.

PPS di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu telah ditutup sepenuhnya.


(Banjir di Terengganu semakin pulih/ gambar fail)

Media Baharu