fb fb fb fb fb

Agong perkenan 14 akta pada persidangan Mesyuarat Pertama Penggal ketiga lalu

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Akta Perbekalan Tambahan (2023) 2024 antara 14 akta yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 lalu.

"Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia telah memperkenankan akta yang telah diluluskan dalam mesyuarat pertama penggal ketiga parlimen kelima belas seperti berikut; akta perbekalan tambahan 2023, 2024, Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

"Akta Polis (Pindaan) 2024, Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (PIndaan) 2024, Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024, Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024," kata Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul dalam ucapan pembukaan Dewan Rakyat, di sini.

Turut mendapat perkenan ialah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2024, Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024, Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, Akta Keselamatan Siber 2024, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2024; dan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024.

Dalam pada itu, Johari turut memaklumkan taqwim sidang akan datang telah diubah kepada satu tarikh baharu iaitu bersidang pada 14 Oktober hingga 12 Disember selama 35 hari.

Perkara itu dibuat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat diubah kepada satu tarikh baharu.

TETITIA YUSOFF