KUALA LUMPUR, 14 Jun- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) diperuntuk sebanyak RM5 juta tahun ini bagi menampung perbelanjaan dan berdasarkan jumlah peningkatan bekas atlet yang didaftarkan bawah yayasan itu.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, peruntukan itu meningkat berbanding tahun lepas iaitu hanya RM3 juta.
"Tentu sekali penting untuk atlet ini didaftarkan dibawah YAKEB supaya dapat berurusan secara terus. Bagaimana pihak YAKEB prokaktif dalam memastikan bekas atlet yang tidak tersenarai atau tidak berdaftar untuk didaftarkan supaya boleh dihubungi pada setiap masa.
"Ini adalah kerja yang diteruskan sejak penubuhan YAKEB," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia anak Brodi di Dewan Rakyat.
Sehingga kini YAKEB merekodkan seramai 3,000 bekas atlet berdaftar berbanding awal penubuhannya iaitu hanya 150 orang sahaja.
(Adam Adli)