(Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar/FOTO BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 15 Mac - Pihak industri disaran mewujudkan penilaian risiko dan sistem kerja yang selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA).
Ia berikutan bilangan kemalangan di tempat kerja dan industri dilihat membimbangkan.
Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar menyatakan, penilaian itu penting untuk mencegah kemalangan di tempat kerja selain mengurangkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa.
"Penilaian risiko menyumbang kepada membangunkan pemahaman yang diperlukan tentang bahaya khusunya potensi ancaman dan langkah mudah untuk mengawal risiko dalam kalangan pekerja dan pengurusan," katanya ketika berucap semasa seminar Standard Antarabangsa NIOSHCert 2023 di sini, pada Selasa.
Data daripada laporan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2022 menujukkan 64,168 kemalangan dilaporkan dengan 35,015 adalah kemalangan di tempat kerja .
Manakala sebanyak 29,153 kes adalah kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja.