fb fb fb fb fb

Perdana Menteri mengadap Sultan Kedah

ALOR SETAR, 15 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kedah malam tadi bagi menghadiri sesi mengadap Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.

Polis Kedah dalam kenyataan menerusi facebook rasminya memaklumkan, ketibaan Anwar bersama delegasi di Lapangan Sultan Abdul Halim, pada pukul 8.00 malam disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Selesai sesi di Istana Anak Bukit, delegasi Perdana Menteri bergerak ke Makam Diraja Langgar bagi menziarahi Makam Sultan Abdul Hamid sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama delegasi di Lapangan Sultan
Abdul Halim / FOTO Ihsan Polis Kedah)

Turut serta dalam program, Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Sahibus Samahah Dato' Sheikh Fadzil Haji Awang; ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari.

Media Baharu