fb fb fb fb fb

Waspada! Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 10 pagi ini

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 7.05 pagi tadi, memaklumkan kawasan terlibat ialah di Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pulau Pinang.

Manakala bagi kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Melaka.

Sementara Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor (Tangkak).

Media Baharu